Lebah merupakan sejenis serangga terbang sosial yang hidup berkelompok dan lebih dikenali kerana peranan mereka dalam mengahwinkan bunga, menghasilkan madu dan juga lilin lebah. Terdapat kira-kira lebih 16,000 spesies lebah dikenalpasti dalam tujuh keluarga biologi diktiraf, dan lebah-lebah ini boleh didapati di setiap benua, kecuali Antartika, di setiap habitat planet yang ada tumbuhan berbunga .
Lebah mencari makanan di luar sarang. Setelah menemui sumber, mereka membawa jeli diraja ke sarang sekadar yang termampu. Lebah akan mengingati lokasi sumber makanan tadi dan akan meminta bantuan rakan-rakan yang berada di sarang. Mereka memulakan dengan gerakan berbentuk nombor 8 di dalam sarang dan bergerak atau menggoyangkan badan seakan-akan menari sebagai isyarat jarak sumber makanan tersebut. Di hujung tarian, lebah-lebah lain akan memahami dan terus menuju sumber makanan tersebut dengan tepat.
Sebut sahaja tentang lebah pasti kebanyakan orang akan berfikir tentang madunya yang merupakan cecair yang dikenali sebagai nectar. Lebah madu menukarkan nektar kepada madu melalui proses regurgitasi. Ia menyimpan sebagai sumber makanan utama salam indung-indung berlilin sarang mereka lazimnya ketika sumber makanan mengurang atau pada cuaca melampau seperti musim dingin. Umumnya ada tiga jenis lebah dalam satu sarang.
No comments:
Post a Comment