Al-Quran
Berpandukan nas Al-Quran, terdapat beberapa ayat yang menceritakan tentang lebah dan madu antaranya:
Maksudnya:
"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". 68
"(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir." 69
Surah An-Nahl 68-69
Berdasarkan ayat di atas, Allah menceritakan bagaimana lebah diberikan ilham untuk membina sarang-sarang mereka di gunung,pokok dan bangunan. Selain itu, madu juga disebut sebagai syifa' iaitu penyembuh.
Maksudnya:
Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)!
Surah Muhammad ayat 15
Ayat Al-Quran diatas menerangkan bahawa madu juga sebagai salah satu nikmat di dalam
syurga!
Hadis
وقال الرسول: “الشفاء في ثلاثة في شربة عسل و شرطة محجم و كية بنار ,وأنا أنهى أمتي عن الكي “. (رواه البخارى في الصحيح)
”syifa (ubat/pengubatan/pembaikan/penawar) itu ada pada tiga – meminum madu , berbekam , dan dengan besi panas, dan aku melarang/menegah ummatku dari besi panas.”
بي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من لعق العسل ثلاث غدوات كل شهر لم يصبه عظيم من البلاء
Dari Abi Hurairah berkata, bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
siapa menjilat/minum madu 3 pagi setiap bulan tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat.
(yang dimaksudkan minum 3 pagi adalah minum/jilat madu pada waktu pagi untuk 3 hari berturut)
وعند الحاكم وابن ماجة عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: عليكم بالشفاءين العسل والقرآن.
Riwayat Alhakim dan ibnu majah : dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : Ke atas kamu dua penyembuh (syifa) : Madu dan Alquran
Di dalam kitab hadis al-Sunan Ibn Majah pula disebutkan hadis marfu’ riwayat Abu Hurairah yang berbunyi ”Sesiapa yang makan madu tiga kali sebulan pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit berat”.
Di dalam kitab itu juga disebutkan juga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda”Barang siapa menjilat madu dengan air liurnya sebanyak tiga kali makan pagi setiap bulan, dia tidak akan kena bencana (penyakit) yang berat”.
No comments:
Post a Comment